Rabu, 5 Disember 2012

Adam Rayyan

Nama title..nama seorg yang berjantina lelaki..siapakah??adakah kekasih hati??atau jodoh yang selama ini dicari??hahaha...tidak,tidak,tidak....tuan empunya nama ni sebenarnye anak murid kat tempat praktikal..orgnya putih,comel,segak,bijak,hensem,manja n byk lagi lah..Hari ni first masak untuk budak tadika..alhamdulillah diorg suka..Adam pun kata sedap..Hewhewhewhew..Bahagianya..hahaha..Kami berdua sempat main intai2..Adam tengah makan n aku tengah basuh pinggan..main cak2!..hewhewhew...

Tuan punya nama...ADAM RAYYAN..


Ahad, 18 November 2012

Selamat Tinggal Tanjung Malim..

Aku kini sudah pun berada di semester 6..Untuk kali ini aku akan menjalani praktikal di sebuah tadika di Seri Kembangan Selangor..Berpindah keluar dari Tanjung Malim ke Selangor..Tanjung Malim,terletaknya tempat aku menimba ilmu iaitu di Universiti Pendidikan Sultan Idris..Mungkin tempatnya tidak hebat seperti Kuala Lumpur,Putrajaya dan sebagainya,tapi di sinilah tempat aku menimba ilmu,mencari pengalaman..Pelbagai pengalaman suka,duka yang semakin mematangkan aku..InsyaAllah,semoga berjumpa lagi Tanjung Malim..(Macam nak g jauh je..hihihi.. ^3^)

(Kami bakal guru..peace!! v(^o^)

Selasa, 23 Oktober 2012

Hati

Sunyi...Aku cemburu kepada kepada mereka yang benar-benar dapat merasakan kehadiran cinta Ilahi..Aku juga ingin rasa begitu..Namun,bagaimana??Solat,zikir,hadir ke majlis ilmu..aku lakukan tapi tidak sekerap dulu..Mungkin itulah penyebabnya..Aku mula lalai dan leka..Kata hati "ala..rehat sekejap je..","penatla.."..Alasan yang memang selalu aku gunakan..Malu untuk mengaku diri beragama Islam..Malu untuk menegur kesalahan yang jelas di mata..Malu untuk bertemu sahabat-sahabat..Namun,perasaan itu tidak selalu ada..Hanya seketika ia hadir dan pergi..Aku hidup sia-sia..Semangat hanya sekejap sahaja..

Aku tidak faham akan diri aku..Aku mencari-cari..Terasa perit,sesak dengan kehidupan ini..Terlalu menjaga perasaan orang lain sehingga tidak sedar bahawa sedang menyakiti hati mereka..dan menyakiti hati sendiri..

Hati bagaikan mati dan kosong..Kurang tarbiah..atau lebih tepat,TIADA TARBIAH..Pelbagai pengisian dan perkongsian yang sering dilihat..Namun tak ku hiraukan,hanya lihat sepintas lalu..Terasa diri hina,tak berguna,banyak cacat celanya...

Pergaulan??Hump..yang itu jika cerita panjang lebar lain jadinya..cukup sahaja ku katakan 'MASIH DAN MAKIN TIDAK TERJAGA'..Dari kecil aku memang sering bergaul dengan lelaki..sehinggakan aku nyaris untuk menjadi seorang TOMBOY..tapi,alhamdulillah,aku masih sedar akan diriku yang sebenar..Tapi sehingga kini aku kerap dikelilingi lelaki..Inginku bawa diri jauh dari mereka,inginku berbicara hanya yang penting sahaja..namun aku tak tahu bagaimana..sepertinya sangat susah..aku masih mencuba,cuba dan cuba..namun semakin bertambah pula..

Inginku beritahu..kalau ingin bersahabat atau berkawan denganku,ku pesan jangan.bukan aku memilih atau sombong..tapi aku risau akan ada yang terluka..sememangnya sudah lumrah dalam persahabatan akan ada suka dan duka..tapi aku tak yakin jika terluka,kau akan kekal atau akan pergi tinggalkan aku..hati aku tidak mampu untuk menahan pemergian seorang atau terputusnya persahabatan..Jika kau ingin hadir hanya seketika,lebih baik kau jangan pernah hadir..Ia menyeksakan..Jika kau mahu juga,beri layanan yang biasa sahaja,jangan buat aku merasakan kau kan selalu ada untuk aku..

..AKU TIDAK PANDAI BERMASAM MUKA,SENYUMAN DITITIP DIBIBIR BIARPUN HATI TERLUKA,AKU SEORANG YANG TIDAK PANDAI MELUAHKAN RASA..

~JIWA YANG KOSONG~

Menangis sendiri

Assalamualaikum..
Hey kawan..maaf lah aku  dah buat kau terluka..
Aku sangka kau hanya berpura-pura..
Bukan niat ku untuk mengejek,or mempersendakan diri kau..
Tapi aku bergurau-senda kerana aku selesa dan gembira bila bersama kau..
Maaf la..aku tak reti untuk berbicara manis agar hati kau dapat terima aku semua..
Kau kata perginya kau tidak bawa banyak perubahan pada aku..
Salah tanggapan kau itu..
Kau kawan aku..Orang lain pun kawan aku..Tapi mereka bukan seperti kau yang rapat dengan aku..
Sellfish??Maaf..Kadang-kadang apa yang aku buat,aku tak sedar..
Aku tak sedar ketika aku gembira,kau pula terluka..
...MAAFKAN AKU...

Rabu, 12 September 2012

In My Heart

It's ok if i'm not the one among others u think of..
But I just want you to know that i always care about you..
:')

Selasa, 7 Ogos 2012

Kenapa 'Lin'?

Assalamualaikum..
Setiap kali orang tanya nama,mesti kita akan bgtau nama penuh kan.
Lepas tu mesti diorang akan tanya, 'Nak panggil apa nie'
Ade sesetengah orang nama panggilan glamor,ade jugak yang jauh dari bunyi nama sebenar.
Aku xtau la kenapa rasa macam susah je nak sebut nama penuh if ade orang tye.
Padahal nama tak panjang pun,Norazlin..Tapi kadang2 ade yang sebut 'Nor Azlin'
Kalau aku terdengar,aku trus betulkan,Norazlin ye..hehehe..R sambung trus ngan A.. :)
Kalau nama panggilan..Dulu macam2..Alien,Azlin,Elin,Ilin..Mcm2 lah...
Tapi skrang aku akan bgtau org utk panggil aku 'LIN'..
Ringkaskan?
Kan senang je..Pendek..
Orang kata LIN tu maksudnya lembut..sebab pernah dengarkan mad lin?(mesti pernah punye..)
mad lin kan maksudnya mad lembut..
Mungkin dari situ la maksud lin tu..
Kata2 tu umpama doa..Kalau ramai orang panggil aku LIN,umpama doa la kan..InsyaAllah hati akan menjadi lembut..Supaya mudah untuk menerima dan melakukan kebaikan..Amin..
Jadi nanti panggil je aku,'LIN'

-SIMPLE IS BETTER-
Assalamualaikum..

Isnin, 6 Ogos 2012

Tiada Duka Yang Abadi.

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir,hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku pecaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

chorus: Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati 
Malam kan berakhir hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

(ulang chorus 2x)

Harap ampunkan hamba-Mu ini

(menarik muslimah main piano tu)

Try To Be A Better Person.

Assalamualaikum..apa khabar mmuslimin,muslimat,akhi dan ukhti sekalian..
Semoga sentiasa diberkati Allah s.w.t...

Untuk sem kali ini,aku terasa agak lapang pada awalnya..Kuliah yang dijalankan hanya 5 subjek..Pensyarah bukannya selalu masuk kelas..Mereka juga mempunyai agenda tersendiri..Kalau kelas batal,terasa macam pengumuman raya..Bukan main seronok lagi..Biasa lah,student yang masih belum menjejaki fasa kematangan...(fasa kematangan??ade ke?..="=)..Tak terkecuali aku..Tapi lama kelamaan,terasa waktu semakin sempit..Tugasan diberi bertubi-tubi mcm tembakan machine gun ke sasarannya...Aku seperti terumbang-ambing..

Tugasan lagi,ibadah lagi..Tapi semua tu jangan dijadikan alasan untuk tidak melakukan ibadah..Aku sering jadikan tugasan duniawi tu sebgai alasan aku tidak dpt untuk menghadiri majlis ilmu atau beribadah(yang wajib tu insyaAllah terjaga)
Tapi lepas mengikuti program yang dianjurkan oleh IKRAM,di Ipoh,ada seorang pelajar yang belajar diluar negara menceritakan pengalaman mereka di sana..Bagi mereka tidak kira jauh mana pun,mereka sanggup datang ke majlis ilmu yang diadakan walaupun majlis itu diadakan hanya beberapa jam..Pada ketika itu aku tersedar..Aku silap,silap dalam membuat keputusan dengan mementingkan dunia yang sementara.
Aku cuba,cuba dan terus mencuba..memperbaiki jalan kehidupanku..Ingin ku penuhkan waktu dengan perkara-perkara yang berguna..Tidak ingin ku sia-siakan waktu yang semakin lama semakin singkat..Aku mencuba terus mencuba,..Kadang kala aku terleka,ada sahabat yang mengingatkan ku..(Terima kasih sahabat..^_^)
Ya Allah,semoga Kau membimbing kami ke jalan yang benar,ke jalan yang lurus menuju ke Syurga-Mu..Amin..
-TRY TO BE A BETTER PERSON-
Assalamualaikum..

Header baru lagi dan lagi..

Assalamualaikum....
Hah,lagi skali aku buat header untuk blog nih...Dah berapa banyak kali dah aku 
tukar header..Lupa nak kira..hehehe
K la,apape pun aku agak berpuas hati dengan header baru nih...(aku jela yang berpuas hati..)


-TRY TO BE A CREATIVE PERSON-
Assalamualaikum..

Jumaat, 3 Ogos 2012

Lampu meja aku..

Assalamualaikum..
Aku selalu tido lambat,roomate plak tido awal..
Die tdo menghadap cahaya lampu..
Kan agak xselesa tdo bile ada cahaya..kene la tutup lampu..
Jadi bile roomate dh tdo,aku y berjaga ni nk gne lampu,klo x xnampak la keyboard lappy ni..
So,aku pn terfikir la nak buat benda ni..

nampak x??

haa..ni la lampu meja buatan sendiri..hahha..kesiankan...nak bli lampu meja,malas,nk jimat duit la katekan..(bende len bleh plak beli..=..=")
Hehehe...dalam gambar tu,aku guna torchlight yang bernilai RM 2.00,..haa..murah kan,kan,kan..
Aku ni bab barang murah laju je..^_^..
Lekatkan kertas kat bahagian bawah rak buku tu,cerah la skit...
Sebelum ni malap je sbb aku xlekatkan kertas tu..
Biarla org nak kate ape pn..
Kelainan tu yang buat kita lain dari yang lain...
-KITA SPECIAL-
hihihi...: P

Assalamualaikum...

Selasa, 17 Julai 2012

Header baru lagi..

Assalamualaikum...alhamdulillah...masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan..Tak de idea sebenarnya..tapi nak post entri baru jugak..Jeng..Jeng..Header baru lagi..xtdo malam buat header ni..hehehe...Transparent n simple je..

Jumaat, 15 Jun 2012

Erm...rindu kat die...hehehe...^_^

Assalamualaikum...lama jugak tak update blog ni..entri ni tak pjg mane pn sebab tak tau nk taip ape..cuma nak announce je..SAYA RINDU DIA..^_^



cak!hehe...

stylo~~


Lawat la blog die..best tau..tak lama dah nak balik Tanjung Malim..nnti bleh jumpa die..yey!!
~KAU SAHABAT YANG KU NANTI~

Selasa, 27 Mac 2012

Tolong fahami aku.


Aku melarikan diri bukan bermakna aku membenci kamu..
Aku ingin kau fahami aku..
Aku tidak berani mendekati kamu..kerana aku malu..
Aku takut dengan keadaan dunia yang semakin kucar kacir...
Pergaulan bebas,maksiat dan zina..
Mungkin pada pemikiran kamu,kita tidak mungkin akan jadi begitu..
Namun,siapa tahu..
Syaitan bijak menipu daya manusia..
Aku bukanlah manusia yang kuat imannya..
Imanku mudah goyah..
Imanku mudah lemah..
Aku mengharapkan kau fahami aku..
Tolong jangan dekati aku..
Jangan kau cuba memanggil aku jika terlihat kelibatku..
Jangan kau cuba menarik perhatianku..
Jangan kau cuba hubungi aku jika kau hanya mahu bergurau senda..
Jangan kau cuba bertanya kenapa..
Cukuplah sekadar kau tahu aku tidak benci padamu..

Khamis, 15 Mac 2012

Menghadiri ceramah bukan mudah.

Ustaz kata,anak muda mudi sekarang susah nak hadir ceramah ilmu,
cbe klo panggil artis mcm Yuna ke,Aliff Satar ke..hurm,ramai yang hadir..
Ustaz tanya,siapa idola kamu??Shah Rukh Khan,Salman Khan??
ikutlah idola kita,Rasulullah s.a.w..bukan artis Korea,Jepun tu...
Ustaz tanya,bila kamu putus cinta kamu menyanyi ke baca al-Quran??
bacalah al-Quran,nak berlagu pn takpe(janji tajwid tu betul)
Ustaz kate,pilih sikap merendah diri daripada sombong ngan manusia.
Ustaz pesan,klo nk beristinjak tu,kena betul..
berdehem dulu supaya ia betul2 keluar.
Ustaz kata,jangan berani mencabar Allah.
Ustaz kata,yang lelaki jadilah rijal yang hakiki,
dan yang perempuan jadilah nisa' yang sejati..

Ahad, 4 Mac 2012

Jangan dalam Islam.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Entri ini dikongsi dari page di Facebook..

Jangan tidur selepas solat subuh,nanti rezeki mahal kerana pada waktu pagi membuka pintu berkat.
Jangan makan tanpa membaca Bismillah,nanti makanan dikongsi syaitan.
Jangan tambah perhiasan di anggota badan,kerana Allah dah ciptakan manusia makhluk paling sempurna.
Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebaikan,takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan,kerana makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biar mata liar di perjalanan,nanti hati gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubatbila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau kita yang bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan nanti rosak persahabatan,kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal,kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa,nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan pertikaikan kenapa Islam berkata Jangan,sebab semuanya untuk keselamatan diri  kita.

Allah lebih tahu,wallahualam..jangan lupa tekan like...Assalamualaikum..^_^

Sebarkan dakwah.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Dakwah itu penting,
Pentingnya untuk menegakkan yang benar,
Mengajak ke arah kebenaran,
Melakukan kebaikan,
Menghindar kemungkaran.
Berdakwahlah dengan tenang,
Berdakwahlah dengan sabar,
Ungkapkan kata-kata ilmu padanya,
Jangan memaki sewenang-wenangnya,
Kita pun tak ada kurangnya,
Baik niatnya,insyaAllah baik kesannya,
Baik yang ditegur atau yang menegur,ingat siapa kita,
Jangan menolak sesuatu kebaikan berlandaskan nafsu yang dihasut syaitan,
Jangan memandang dakwah itu paksaan,kekerasan dan pengikat kebebasan,
Dekatkan diri dengan Tuhan,kamu akan rasakan kemanisan iman.
Lakukan segala suruhan,tinggalkan segala larangan.
Tidak ada yang susah jika ikut panduan,
Panduan yang ditinggalkan,al-Quran dan sunnah.
-InsyaAllah-

Assalamualaikum..

Sabtu, 3 Mac 2012

Lalai dan leka dengan dunia.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Aku sering lalai dan leka,
Sering terlupa dan alpa dengan hal dunia,
Kesibukan menjalani kehidupan sehingga aku terlupa akan dia,
Dia,kekasih Allah,Nabi Muhammad s.a.w..
Insan yang mulia,yang tinggi darjatnya,
Insan yang sentiasa menyayangi kita walaupun di saat kewafatannya...
Inginku katakan rindu padamu,cinta padamu,sanjungi dirimu,
Tapi diri berasa tidak layak untuk menyatakannya dengan hati yang ikhlas,
Aku masih jauh untuk itu kerana aku masih tidak mengamalkan sunnahmu,
Sehingga suatu masa nanti,aku berharap aku dapat menyatakannya dengan sebenar-benar perasaanku..
-InsyaAllah-
Assalamualaikum...


Jumaat, 2 Mac 2012

Mulakan langkah.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Diri yang selama ini terjatuh jurang tipu daya syaitan,
Ingin kembali kepada Dia yang selama ini memerhati,menyayangi diri ini,
Bagaimana???
Hati.
Bermula dari hati,hati yang ikhlas,
Sucikan hati,bersihkan hati,tetapkannya untuk mengecapi Ilahi,
Jangan sesekali menoleh kembali ke jalan yang telah ditinggalkan,
Mulakan langkah,
Langkah yang membawa diri ke arah yang benar,
Ke arah yang diredhai,diberkati dan diterima Syurga nanti.
-INSYAALLAH-

Assalamualaikum..

Sabtu, 25 Februari 2012

Duit.

Kesempitan wang..
Ingin mencari wang..
Memerlukan wang..
Berusaha,berusaha dan terus berusaha..
Tanpa memikirkan apa kata mereka..
Cari yang halal dan diberkati-Nya..

#

Aku terlalu ego dan kuat cemburu..
Aku tak boleh terlalu rapat dengan sesiapa..
Aku tak boleh senyum sentiasa..
Aku tak mudah jaga perasaan manusia..
Aku hanya menunggu di titik yang satu..
Aku tidak mendamping dan tidak didamping..
Aku hanya aku..

Selasa, 21 Februari 2012

Hati baru.


Aku memerlukan hati baru..


Rabu, 1 Februari 2012

Rindu tak??

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Fikir sejenak,ketika berjauhan dengan keluarga,sahabat dan apatah lagi buah hati,pasti akan terbit rasa rindu dalam hati bukan?
Pernahkan timbul rasa rindu apabila berjauhan dengan Pencipta kita???
Fikir-fikirkan..Assalamualaikum..


Isnin, 30 Januari 2012

Kawin muda..ehe..^_^

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Kawin??Ehehehe..menarik klo sebut pasal kawin ni..Aku still muda lagi..tapi klo kawin muda ni la bagus..InsyaAllah dapat jauhkan diri dari maksiat dan zina yang mudah berlaku zaman skarang ni..Tapi klo nak kawin muda mesti ada syaratnya..Ilmu mesti ada,status kewangan mestilah ok(terutamanya lelaki) dan macam-macam lagi la...Berkahwin bukan sekadar untuk mengelakkan diri daripada kemungkaran,tapi berkahwin tu tanda kita mengikut sunnah Nabi kita iaitu Rasulullah s.a.w...

Jodoh kita Allah yang tentukan.Orang pernah kata klo jodoh kita ada,tunggu jela..Tapi seeloknya kita kenalah jugak berusaha mencari jodoh kita..Jangan nak menunggu je..Allah menyuruh manusia berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Selalunya perempuan akan menunggu lelaki yang datang meminang,tapi kita ingat semula sejarah kehidupan Nabi kita,Sayidatina Siti Khadijah yang meminang Rasulullah dahulu..Jadi rasanya takde masalah klo perempuan masuk meminang dulu.

Pasangan yang mempunyai banyak perbezaan ni tak kekal dalam perhubungan.Betul ke??Tapi bukan ke klo terdapat perbezaan ni boleh membuatkan pasangan saling melengkapi...kan..^_^

"Macamne nak kahwin,kenal pun tak..bercinta dulu la sebelum kawin..baru dapat kenal betul2.."

Tapi tak ramai yang bercinta dulu dapat ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan kekal.Islam lebih menggalakkan bercinta selepas berkahwin.Tak semua manusia mempunyai sikap yang sama sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga..

"Bila dah kapel,kenalah sentiasa berSMS dan berjumpa untuk lebih merapatkan hubungan tu.."
Inilah yang selalu dilakukan oleh anak remaja yang sedang hangat bercinta zaman skarang ni..Ingat ye,selagi belum berkahwin,syariat membataskan hubungan antara pasangan.Tidak dibenarkan bebas berjumpa atau berSMS sehingga melalaikan.

"I akan cintakan U selamanya.Walaupun I tak de harta,tapi I ade cinta yang ikhlas."
Janji manis yang sering diungkapkan.Untuk hidup bahagia bukan setakat cinta yang diperlukan.Lelaki seperti ini tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mencari dan mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya.Hidup berumah tangga ni perlu banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seperti menyediakan keperluan untuk ahli keluarga.Semuanya memerlukan perbelanjaan.Tambahan pula,bagi ahli keluarga yang mempunyai bilangan yang besar,lagi la banyak perbelanjaannya kan..

"I takkan sentuh U sebelum kita nikah.." 
Selain tu,ni pn antara manis jugak yang disebut oleh teman lelaki kat teman wanita.Bagi kaum Hawa,kita jangan mudah percaya kata-kata orang.Bila disebut janji,tak semestinya dia akan memegang janjinya.Jika teman wanitanya terlalu mempercayai teman lelakinya,maka dengan mudah dia akan mengikuti teman lelakinya ke mana sahaja.Jadi tidak hairanlah pasangan sebegini ramai yang terlibat dengan kancah zina.

Ok,ni jela sedikit input yang ingin dikongsikan dengan korang semua.Update blog ni pn time ade mood.Update blog rajin,tapi asimen aku tak buat lagi ni..Esok dh nak hantar..Haish,sikap buat kerja last minit ni tak berubah-ubah dari sekolah dulu walaupun dah banyak kali masuk tahun baru..hehehe..InsyaAllah semoga kita sentiasa dijauhkan daripada maksiat,zina dan segala kemungkaran.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih,Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.Wallahu'alam..

(kebelakangan ni mimpi kawin..=,=")

Assalamualaikum...^_^

Jumaat, 20 Januari 2012

Cinta??

Assalamualaikum..Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Cinta??Apa itu cinta.Persoalan ini diutarakan oleh lecturer aku semalam.Kata dia,cinta tu umpama makan buah tembikai.Kata kawan lain,cinta itu dapat melahirkan kanak-kanak,cinta itulah ketawa dan air mata dan sebagainya.Aku ketawa dan tertanya-tanya,cinta??Apakah itu cinta??

cinta kepada Allah dan al-Quran.
cinta kepada Rasul dan sunnahnya.
cinta kepada Islam.
cinta kepada ibu bapa.
cinta kepada diri sendiri dan saudara.
cinta kepada sahabat.
cinta kepada manusia (bila tiba waktunya kelak)

-SESUATU YANG TIDAK DAPAT DILUAHKAN DENGAN KATA-KATA-

Assalamualaikum...

Isnin, 16 Januari 2012

Hilang.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.

Hidup dan terus hidup..
Berjalan dan terus berjalan..
Memandang tetapi seperti tidak nampak..
Senyum hanya seketika...
Berfikir dan terus berfikir..
Sehingga suatu ketika tersedar akan kehilangan sesuatu..
Dicari masih lagi tidak ditemui..
Hati makin gelap,beku,berat dan sunyi..
Termenung sendiri,berfikir lagi..

BILAKAH AKAN KU TEMUI SESUATU YANG AKU PUN BELUM PASTI AKAN MILIKI??
#masih mencari,,di manakah??

Doa Ketenangan Jiwa.
"Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu dari hati yang tidak khusyuk,doa yang tidak didengar,jiwa yang tidak pernah puas dan ilmu yang tidak bermanfaat.Aku berlindung kepada-Mu dari keempat-empat perkara tersebut."

#aku dalam kesedihan#
Assalamualaikum....

Rabu, 11 Januari 2012

Hadiah bagi mereka yang bangun pada waktu Subuh ^_^ #1

Assalamualaikum....Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Hah!Sape yang selalu rajin bangun waktu Subuh,angkat gigi!!!Haaa....Kebanyakan orang zaman sekarang zaman memajukan ekonomi bangun bila jam loceng berbunyi.Bunyi pun dah lepas Subuh.Dah jadi Subuh gajah bak kata orang la kan..Pastu kelam kabut nak bangun,nak mandi,nak kejar sana,kejar sini.Dalam kepala dah lupa dah Subuh yang tertinggal.Cuma yang diingat,nak cepat pergi kerja and nak cepat pergi kuliah tak terkecuali juga buat tuan empunya blog ni.Kali ni Cik Bawang nak kongsi serba sedikit mengenai kelebihan bangun pada waktu Subuh.

Waktu yang diagungkan Allah.

Allah sangat mengagungkan waktu Subuh dan tidak pernah bersumpah dalam al-Quran dengan waktu solat kecuali solat Subuh dan Asar.Allah berfirman yang bermaksud:
"Demi fajar,dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)."(Surah al-Fajr 89 :1-2).
Allah juga berfirman yang bermaksud :
"Dan dirikanlah pula solat Subuh.Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat."(Surah al-Isra'17:78)
Kita juga harus mengagungkan waktu Subuh.Caranya?Dengan melaksanakan solat Subuh berjemaah,berzikir & memohon ampun kepada Allah.Percayalah,orang yang memuliakan apa yang dimuliakan Allah akan dimuliakan (dikurniakan syurga),manakala orang yang mengabaikan apa yang dimuliakan Allah akan terhina (terjun ke neraka).Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Ash'ari,dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin,maka dia akan masuk syurga ."(Riwayat al-Bukhari,Muslim dan Ibn Hibban).Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar

Khamis, 5 Januari 2012

Jaga hati.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Sahabat selalu berpesan..Jaga hati...
Kalau kita mampu jaga hati kita daripada mendekati maksiat dan larangan Allah s.w.t.,insyaAllah iman dan diri kita akan terpelihara...^_^


Assalamualaikum...