Ahad, 4 Mac 2012

Jangan dalam Islam.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Entri ini dikongsi dari page di Facebook..

Jangan tidur selepas solat subuh,nanti rezeki mahal kerana pada waktu pagi membuka pintu berkat.
Jangan makan tanpa membaca Bismillah,nanti makanan dikongsi syaitan.
Jangan tambah perhiasan di anggota badan,kerana Allah dah ciptakan manusia makhluk paling sempurna.
Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebaikan,takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan,kerana makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biar mata liar di perjalanan,nanti hati gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubatbila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau kita yang bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan nanti rosak persahabatan,kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal,kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa,nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan pertikaikan kenapa Islam berkata Jangan,sebab semuanya untuk keselamatan diri  kita.

Allah lebih tahu,wallahualam..jangan lupa tekan like...Assalamualaikum..^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan