Isnin, 31 Oktober 2011

Time lapang.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Time2 bosan,lepas penat jaga anak sedara..Men photoshop n photoscape jele..

(someone)
(motivation)
(motivation)
(try,try..hehehe..)
Assalamualaikum...

Isnin, 17 Oktober 2011

Mengapa begitu..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.

Hanya sedikit coretan kata..


Sekian..Assalamualaikum..


Rabu, 12 Oktober 2011

Nyawa..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Kita bangun setiap pagi mengucapkan syukur alhamdulillah (dalam doa bangun tidur).Allah beri nikmat nyawa kepada kita supaya kita terus bernafas untuk melalui kehidupan dunia yang sementara.Hargailah nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah dengan sebaik mungkin.Janganlah terlalu mengejar apa yang ada di dunia.Carilah bekalan yang dapat membantu kita di akhirat kelak.Tidak semestinya kita tidak akan meninggalkan dunia pada usia yang terlalu muda.Manfaatkan waktu sebaiknya.Semoga segala amalan kita diterima dan kehidupan kita diberkati oleh-Nya.
Assalamualaikum...

Selepas bangun tidur.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Doa.
Bangun sebelum subuh dan membaca doa bangun tidur.Dah kalau nak tidur pun ada doa,bangun pun mesti ada doa.Sama juga kalau ada yang hidup,mesti ada yang mati.


(baca tau..)
Bersihkan diri.
Dah habis baca doa,mula-mulalah gerakkan diri tu.Jangan sambung baring semula.Kemas tempat tidur dan mandi.Mandi,macam biasalah.Sabun mandi,syampu,pencuci muka dan jangan lupa gosok gigi tau..(tu pun nk kne gtau ke?=,=")mesti,manusia kan mudah lupa.Akhir skali ambil wudhuk.Sebelum tu pakai la bersih2 nak amik wudhuk tu.Dah masuk waktu solat subuh,segar la badan tu nak solat kan.

Solat Subuh.
Siap2 untuk solat subuh ye anak-anak.Kalau belum masuk waktu,tunggu jap ye.Bila dah masuk waktu,jangan lengah-lengahkan.Orang yang melengahkan waktu solat adalah golongan yang menyerupai khinzir.

Bersabda Nabi kita Muhammad s.a.w. ; Sesiapa yang mempermainkan sembahyang 5 waktu akan disiksa dengan dua belas azab. Tiga azab ketika di dunia, tiga ketika mati, tiga ketika dalam kubur dan tiga azab pada hari Qiamat.

Adapun tiga azab ketika di dunia ;
1. Diangkat oleh Allah akan segala berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Dihapuskan darinya cahaya orang yang soleh.
3. Dibenci oleh semua hati orang mukmin.

Manakala tiga azab ketika hampir mati ;
1. Diambil nyawanya dengan keadaan dahaga walaupun diberi minum air sungai.
2. Dicabut nyawa dengan bersangatan siksa.
3. Takut padanya semua orang beriman.

Tiga azab ketika berada dalam kubur ;
1. Malaikat Munkar dan Nakir akan menyoalnya dengan soalan yang sukar dijawab.
2. Bersangatan gelap dalam kubur.
3. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuk.

Dan tiga azab ketika berada di Padang Mahsyar ;
1. Susah ke atasnya ketika menghitung dosa pahala.
2. Sangat murka Allah padanya.
3. Balasan Allah padanya ialah api neraka jahanam.

Selesai solat.
Alhamdulillah..Selesai solat,janagan sambung tidur semula.Bacalah Al-Quran.Baca Surah Yassin.Banyakkan berzikir.


Selamat beramal...
Assalamualaikum..

Ahad, 9 Oktober 2011

Hati..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang....

-Ya,Allah..Bukakanlah mata hatiku..Janganlah biarkan aku terpedaya dengan tipu daya dunia-
-Amin-

(hati sunyi tanpa ayat cinta-Mu Ya Allah)

Assalamualaikum...

Khamis, 6 Oktober 2011

Turn 19..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Alhamdulillah..Masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini..Terima kasih ya Allah...Ku pohon keberkatan dari-Mu..Ku pohon keampunan dari-Mu atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan..Ku pohon agar kau pimpinlah daku agar sentiasa mentaati-Mu..Berilah cahaya petunjuk yang membawa aku ke arah kebenaran..Tetapkan hatiku hanya ada dan untuk-Mu..Semoga aku mampu menjadi penghuni Syurga-Mu..InsyaAllah...Amin..

-SELAMAT HARI LAHIR-
^0^
Assalamualaikum...

Rabu, 5 Oktober 2011

Hilang seketika..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

-Terasa ingin menghilangkan diri seketika-
:')
Assalamualaikum..

Selasa, 4 Oktober 2011

Sebelum tido...

Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

BERSUGI..
Selalunya dalam jam 8 hingga 9 malam,ada yang keluar makan,makan kat rumah dan makan segala-galanya..Haa...Dah makan tu,kalau tau dah nak masuk tidur,bawaklah diri anda ke bilik air..Untuk apa?Bersihkan gigi...Paling elok,pakailah kayu sugi...Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang tercinta..^_^..Kalau tak ada,pakai lah berus gigi...Ubat gigi pun jangan lupa..Carilah yang halal...Gosok3,kumur3...Tengok gigi jap kat cermin-----Comel!hahahaha...


WUDHUK..
Dah gosok gigi,kita ambil wudhuk..Ambil wudhuk tu kena fokus..Niat kena betul..Jangan baca niat lain plak...Hehehe..Langkah-langkah nak ambil wudhuk pun kena ingat betul-betul..Ada jugak sesetengah orang yang lupa..Almaklumlah,manusia ni mudah alpa..Selesai wudhuk,bacalah doa selepas berwudhuk..Jangan lupa tu..Jangan pandang remeh.



SOLAT SUNAT.
Selepas kita berwudhuk,kita digalakkan untuk menunaikan solat sunat.Boleh tambah pahala kan.Antara solat sunat yang boleh dilakukan :
1. Solat sunat tahajud.
2. Solat sunat taubat.
3.Solat sunat hajat.
Doalah meminta keampunan,dikuatkan Iman dan sebagainya daripada Allah.Lakukan dengan ikhlas dan khusyuk.

MEMBACA AL-QURAN.
Selesai menunaikan solat sunat,bukalah kitab yang telah ditinggalkan oleh Nabi kita,Rasulullah s.a.w..Sedikit peringatan..Jika kita tidak membaca al-Quran satu hari,al-Quran akan meninggalkan kita satu minggu,jika kita tidak membaca al-Quran satu minggu,al-Quran akan meninggalkan kita satu bulan,jika kita tidak membaca al-Quran satu bulan,al-Quran akan meninggalkan kita satu tahun dan berikutnya.Rajin-rajinlah membaca,memahami dan mendalami al-Quran.Tetapi mestilah ada guru yang mengajar,dikhuatiri tersilap pemahaman.Amalkan surah Al Mulk,surah Yassin,Ar Rahman,Al Khafi,Al Insan,Al Waqiah,antara yang disarankan.Tetapi tak bermakna surah lain tak perlu di amalkan.


MEMBACA DOA TIDUR.
Selepas membaca al-Quran,boleh la kita tidur.Tapi sebelum tu,baca doa dulu.Amalkan 3 kul,ayat Kursi dan doa tidur.Tidur pun jangan ikut suka hati je.Seeloknya tidur dalam posisi mengiring sebelah kanan.


Ok..Selamat beramal...Assalamualaikum...