Isnin, 30 Januari 2012

Kawin muda..ehe..^_^

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Kawin??Ehehehe..menarik klo sebut pasal kawin ni..Aku still muda lagi..tapi klo kawin muda ni la bagus..InsyaAllah dapat jauhkan diri dari maksiat dan zina yang mudah berlaku zaman skarang ni..Tapi klo nak kawin muda mesti ada syaratnya..Ilmu mesti ada,status kewangan mestilah ok(terutamanya lelaki) dan macam-macam lagi la...Berkahwin bukan sekadar untuk mengelakkan diri daripada kemungkaran,tapi berkahwin tu tanda kita mengikut sunnah Nabi kita iaitu Rasulullah s.a.w...

Jodoh kita Allah yang tentukan.Orang pernah kata klo jodoh kita ada,tunggu jela..Tapi seeloknya kita kenalah jugak berusaha mencari jodoh kita..Jangan nak menunggu je..Allah menyuruh manusia berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Selalunya perempuan akan menunggu lelaki yang datang meminang,tapi kita ingat semula sejarah kehidupan Nabi kita,Sayidatina Siti Khadijah yang meminang Rasulullah dahulu..Jadi rasanya takde masalah klo perempuan masuk meminang dulu.

Pasangan yang mempunyai banyak perbezaan ni tak kekal dalam perhubungan.Betul ke??Tapi bukan ke klo terdapat perbezaan ni boleh membuatkan pasangan saling melengkapi...kan..^_^

"Macamne nak kahwin,kenal pun tak..bercinta dulu la sebelum kawin..baru dapat kenal betul2.."

Tapi tak ramai yang bercinta dulu dapat ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan kekal.Islam lebih menggalakkan bercinta selepas berkahwin.Tak semua manusia mempunyai sikap yang sama sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga..

"Bila dah kapel,kenalah sentiasa berSMS dan berjumpa untuk lebih merapatkan hubungan tu.."
Inilah yang selalu dilakukan oleh anak remaja yang sedang hangat bercinta zaman skarang ni..Ingat ye,selagi belum berkahwin,syariat membataskan hubungan antara pasangan.Tidak dibenarkan bebas berjumpa atau berSMS sehingga melalaikan.

"I akan cintakan U selamanya.Walaupun I tak de harta,tapi I ade cinta yang ikhlas."
Janji manis yang sering diungkapkan.Untuk hidup bahagia bukan setakat cinta yang diperlukan.Lelaki seperti ini tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mencari dan mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya.Hidup berumah tangga ni perlu banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seperti menyediakan keperluan untuk ahli keluarga.Semuanya memerlukan perbelanjaan.Tambahan pula,bagi ahli keluarga yang mempunyai bilangan yang besar,lagi la banyak perbelanjaannya kan..

"I takkan sentuh U sebelum kita nikah.." 
Selain tu,ni pn antara manis jugak yang disebut oleh teman lelaki kat teman wanita.Bagi kaum Hawa,kita jangan mudah percaya kata-kata orang.Bila disebut janji,tak semestinya dia akan memegang janjinya.Jika teman wanitanya terlalu mempercayai teman lelakinya,maka dengan mudah dia akan mengikuti teman lelakinya ke mana sahaja.Jadi tidak hairanlah pasangan sebegini ramai yang terlibat dengan kancah zina.

Ok,ni jela sedikit input yang ingin dikongsikan dengan korang semua.Update blog ni pn time ade mood.Update blog rajin,tapi asimen aku tak buat lagi ni..Esok dh nak hantar..Haish,sikap buat kerja last minit ni tak berubah-ubah dari sekolah dulu walaupun dah banyak kali masuk tahun baru..hehehe..InsyaAllah semoga kita sentiasa dijauhkan daripada maksiat,zina dan segala kemungkaran.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih,Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.Wallahu'alam..

(kebelakangan ni mimpi kawin..=,=")

Assalamualaikum...^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan