Isnin, 30 Januari 2012

Kawin muda..ehe..^_^

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Kawin??Ehehehe..menarik klo sebut pasal kawin ni..Aku still muda lagi..tapi klo kawin muda ni la bagus..InsyaAllah dapat jauhkan diri dari maksiat dan zina yang mudah berlaku zaman skarang ni..Tapi klo nak kawin muda mesti ada syaratnya..Ilmu mesti ada,status kewangan mestilah ok(terutamanya lelaki) dan macam-macam lagi la...Berkahwin bukan sekadar untuk mengelakkan diri daripada kemungkaran,tapi berkahwin tu tanda kita mengikut sunnah Nabi kita iaitu Rasulullah s.a.w...

Jodoh kita Allah yang tentukan.Orang pernah kata klo jodoh kita ada,tunggu jela..Tapi seeloknya kita kenalah jugak berusaha mencari jodoh kita..Jangan nak menunggu je..Allah menyuruh manusia berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Selalunya perempuan akan menunggu lelaki yang datang meminang,tapi kita ingat semula sejarah kehidupan Nabi kita,Sayidatina Siti Khadijah yang meminang Rasulullah dahulu..Jadi rasanya takde masalah klo perempuan masuk meminang dulu.

Pasangan yang mempunyai banyak perbezaan ni tak kekal dalam perhubungan.Betul ke??Tapi bukan ke klo terdapat perbezaan ni boleh membuatkan pasangan saling melengkapi...kan..^_^

"Macamne nak kahwin,kenal pun tak..bercinta dulu la sebelum kawin..baru dapat kenal betul2.."

Tapi tak ramai yang bercinta dulu dapat ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan kekal.Islam lebih menggalakkan bercinta selepas berkahwin.Tak semua manusia mempunyai sikap yang sama sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga..

"Bila dah kapel,kenalah sentiasa berSMS dan berjumpa untuk lebih merapatkan hubungan tu.."
Inilah yang selalu dilakukan oleh anak remaja yang sedang hangat bercinta zaman skarang ni..Ingat ye,selagi belum berkahwin,syariat membataskan hubungan antara pasangan.Tidak dibenarkan bebas berjumpa atau berSMS sehingga melalaikan.

"I akan cintakan U selamanya.Walaupun I tak de harta,tapi I ade cinta yang ikhlas."
Janji manis yang sering diungkapkan.Untuk hidup bahagia bukan setakat cinta yang diperlukan.Lelaki seperti ini tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mencari dan mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya.Hidup berumah tangga ni perlu banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seperti menyediakan keperluan untuk ahli keluarga.Semuanya memerlukan perbelanjaan.Tambahan pula,bagi ahli keluarga yang mempunyai bilangan yang besar,lagi la banyak perbelanjaannya kan..

"I takkan sentuh U sebelum kita nikah.." 
Selain tu,ni pn antara manis jugak yang disebut oleh teman lelaki kat teman wanita.Bagi kaum Hawa,kita jangan mudah percaya kata-kata orang.Bila disebut janji,tak semestinya dia akan memegang janjinya.Jika teman wanitanya terlalu mempercayai teman lelakinya,maka dengan mudah dia akan mengikuti teman lelakinya ke mana sahaja.Jadi tidak hairanlah pasangan sebegini ramai yang terlibat dengan kancah zina.

Ok,ni jela sedikit input yang ingin dikongsikan dengan korang semua.Update blog ni pn time ade mood.Update blog rajin,tapi asimen aku tak buat lagi ni..Esok dh nak hantar..Haish,sikap buat kerja last minit ni tak berubah-ubah dari sekolah dulu walaupun dah banyak kali masuk tahun baru..hehehe..InsyaAllah semoga kita sentiasa dijauhkan daripada maksiat,zina dan segala kemungkaran.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih,Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.Wallahu'alam..

(kebelakangan ni mimpi kawin..=,=")

Assalamualaikum...^_^

Jumaat, 20 Januari 2012

Cinta??

Assalamualaikum..Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Cinta??Apa itu cinta.Persoalan ini diutarakan oleh lecturer aku semalam.Kata dia,cinta tu umpama makan buah tembikai.Kata kawan lain,cinta itu dapat melahirkan kanak-kanak,cinta itulah ketawa dan air mata dan sebagainya.Aku ketawa dan tertanya-tanya,cinta??Apakah itu cinta??

cinta kepada Allah dan al-Quran.
cinta kepada Rasul dan sunnahnya.
cinta kepada Islam.
cinta kepada ibu bapa.
cinta kepada diri sendiri dan saudara.
cinta kepada sahabat.
cinta kepada manusia (bila tiba waktunya kelak)

-SESUATU YANG TIDAK DAPAT DILUAHKAN DENGAN KATA-KATA-

Assalamualaikum...

Isnin, 16 Januari 2012

Hilang.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.

Hidup dan terus hidup..
Berjalan dan terus berjalan..
Memandang tetapi seperti tidak nampak..
Senyum hanya seketika...
Berfikir dan terus berfikir..
Sehingga suatu ketika tersedar akan kehilangan sesuatu..
Dicari masih lagi tidak ditemui..
Hati makin gelap,beku,berat dan sunyi..
Termenung sendiri,berfikir lagi..

BILAKAH AKAN KU TEMUI SESUATU YANG AKU PUN BELUM PASTI AKAN MILIKI??
#masih mencari,,di manakah??

Doa Ketenangan Jiwa.
"Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu dari hati yang tidak khusyuk,doa yang tidak didengar,jiwa yang tidak pernah puas dan ilmu yang tidak bermanfaat.Aku berlindung kepada-Mu dari keempat-empat perkara tersebut."

#aku dalam kesedihan#
Assalamualaikum....

Rabu, 11 Januari 2012

Hadiah bagi mereka yang bangun pada waktu Subuh ^_^ #1

Assalamualaikum....Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Hah!Sape yang selalu rajin bangun waktu Subuh,angkat gigi!!!Haaa....Kebanyakan orang zaman sekarang zaman memajukan ekonomi bangun bila jam loceng berbunyi.Bunyi pun dah lepas Subuh.Dah jadi Subuh gajah bak kata orang la kan..Pastu kelam kabut nak bangun,nak mandi,nak kejar sana,kejar sini.Dalam kepala dah lupa dah Subuh yang tertinggal.Cuma yang diingat,nak cepat pergi kerja and nak cepat pergi kuliah tak terkecuali juga buat tuan empunya blog ni.Kali ni Cik Bawang nak kongsi serba sedikit mengenai kelebihan bangun pada waktu Subuh.

Waktu yang diagungkan Allah.

Allah sangat mengagungkan waktu Subuh dan tidak pernah bersumpah dalam al-Quran dengan waktu solat kecuali solat Subuh dan Asar.Allah berfirman yang bermaksud:
"Demi fajar,dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)."(Surah al-Fajr 89 :1-2).
Allah juga berfirman yang bermaksud :
"Dan dirikanlah pula solat Subuh.Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat."(Surah al-Isra'17:78)
Kita juga harus mengagungkan waktu Subuh.Caranya?Dengan melaksanakan solat Subuh berjemaah,berzikir & memohon ampun kepada Allah.Percayalah,orang yang memuliakan apa yang dimuliakan Allah akan dimuliakan (dikurniakan syurga),manakala orang yang mengabaikan apa yang dimuliakan Allah akan terhina (terjun ke neraka).Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Ash'ari,dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin,maka dia akan masuk syurga ."(Riwayat al-Bukhari,Muslim dan Ibn Hibban).Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar

Khamis, 5 Januari 2012

Jaga hati.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Sahabat selalu berpesan..Jaga hati...
Kalau kita mampu jaga hati kita daripada mendekati maksiat dan larangan Allah s.w.t.,insyaAllah iman dan diri kita akan terpelihara...^_^


Assalamualaikum...