Isnin, 6 Ogos 2012

Try To Be A Better Person.

Assalamualaikum..apa khabar mmuslimin,muslimat,akhi dan ukhti sekalian..
Semoga sentiasa diberkati Allah s.w.t...

Untuk sem kali ini,aku terasa agak lapang pada awalnya..Kuliah yang dijalankan hanya 5 subjek..Pensyarah bukannya selalu masuk kelas..Mereka juga mempunyai agenda tersendiri..Kalau kelas batal,terasa macam pengumuman raya..Bukan main seronok lagi..Biasa lah,student yang masih belum menjejaki fasa kematangan...(fasa kematangan??ade ke?..="=)..Tak terkecuali aku..Tapi lama kelamaan,terasa waktu semakin sempit..Tugasan diberi bertubi-tubi mcm tembakan machine gun ke sasarannya...Aku seperti terumbang-ambing..

Tugasan lagi,ibadah lagi..Tapi semua tu jangan dijadikan alasan untuk tidak melakukan ibadah..Aku sering jadikan tugasan duniawi tu sebgai alasan aku tidak dpt untuk menghadiri majlis ilmu atau beribadah(yang wajib tu insyaAllah terjaga)
Tapi lepas mengikuti program yang dianjurkan oleh IKRAM,di Ipoh,ada seorang pelajar yang belajar diluar negara menceritakan pengalaman mereka di sana..Bagi mereka tidak kira jauh mana pun,mereka sanggup datang ke majlis ilmu yang diadakan walaupun majlis itu diadakan hanya beberapa jam..Pada ketika itu aku tersedar..Aku silap,silap dalam membuat keputusan dengan mementingkan dunia yang sementara.
Aku cuba,cuba dan terus mencuba..memperbaiki jalan kehidupanku..Ingin ku penuhkan waktu dengan perkara-perkara yang berguna..Tidak ingin ku sia-siakan waktu yang semakin lama semakin singkat..Aku mencuba terus mencuba,..Kadang kala aku terleka,ada sahabat yang mengingatkan ku..(Terima kasih sahabat..^_^)
Ya Allah,semoga Kau membimbing kami ke jalan yang benar,ke jalan yang lurus menuju ke Syurga-Mu..Amin..
-TRY TO BE A BETTER PERSON-
Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan