Selasa, 27 Mac 2012

Tolong fahami aku.


Aku melarikan diri bukan bermakna aku membenci kamu..
Aku ingin kau fahami aku..
Aku tidak berani mendekati kamu..kerana aku malu..
Aku takut dengan keadaan dunia yang semakin kucar kacir...
Pergaulan bebas,maksiat dan zina..
Mungkin pada pemikiran kamu,kita tidak mungkin akan jadi begitu..
Namun,siapa tahu..
Syaitan bijak menipu daya manusia..
Aku bukanlah manusia yang kuat imannya..
Imanku mudah goyah..
Imanku mudah lemah..
Aku mengharapkan kau fahami aku..
Tolong jangan dekati aku..
Jangan kau cuba memanggil aku jika terlihat kelibatku..
Jangan kau cuba menarik perhatianku..
Jangan kau cuba hubungi aku jika kau hanya mahu bergurau senda..
Jangan kau cuba bertanya kenapa..
Cukuplah sekadar kau tahu aku tidak benci padamu..

Khamis, 15 Mac 2012

Menghadiri ceramah bukan mudah.

Ustaz kata,anak muda mudi sekarang susah nak hadir ceramah ilmu,
cbe klo panggil artis mcm Yuna ke,Aliff Satar ke..hurm,ramai yang hadir..
Ustaz tanya,siapa idola kamu??Shah Rukh Khan,Salman Khan??
ikutlah idola kita,Rasulullah s.a.w..bukan artis Korea,Jepun tu...
Ustaz tanya,bila kamu putus cinta kamu menyanyi ke baca al-Quran??
bacalah al-Quran,nak berlagu pn takpe(janji tajwid tu betul)
Ustaz kate,pilih sikap merendah diri daripada sombong ngan manusia.
Ustaz pesan,klo nk beristinjak tu,kena betul..
berdehem dulu supaya ia betul2 keluar.
Ustaz kata,jangan berani mencabar Allah.
Ustaz kata,yang lelaki jadilah rijal yang hakiki,
dan yang perempuan jadilah nisa' yang sejati..

Ahad, 4 Mac 2012

Jangan dalam Islam.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Entri ini dikongsi dari page di Facebook..

Jangan tidur selepas solat subuh,nanti rezeki mahal kerana pada waktu pagi membuka pintu berkat.
Jangan makan tanpa membaca Bismillah,nanti makanan dikongsi syaitan.
Jangan tambah perhiasan di anggota badan,kerana Allah dah ciptakan manusia makhluk paling sempurna.
Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebaikan,takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan,kerana makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biar mata liar di perjalanan,nanti hati gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubatbila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau kita yang bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan nanti rosak persahabatan,kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal,kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa,nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan pertikaikan kenapa Islam berkata Jangan,sebab semuanya untuk keselamatan diri  kita.

Allah lebih tahu,wallahualam..jangan lupa tekan like...Assalamualaikum..^_^

Sebarkan dakwah.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Dakwah itu penting,
Pentingnya untuk menegakkan yang benar,
Mengajak ke arah kebenaran,
Melakukan kebaikan,
Menghindar kemungkaran.
Berdakwahlah dengan tenang,
Berdakwahlah dengan sabar,
Ungkapkan kata-kata ilmu padanya,
Jangan memaki sewenang-wenangnya,
Kita pun tak ada kurangnya,
Baik niatnya,insyaAllah baik kesannya,
Baik yang ditegur atau yang menegur,ingat siapa kita,
Jangan menolak sesuatu kebaikan berlandaskan nafsu yang dihasut syaitan,
Jangan memandang dakwah itu paksaan,kekerasan dan pengikat kebebasan,
Dekatkan diri dengan Tuhan,kamu akan rasakan kemanisan iman.
Lakukan segala suruhan,tinggalkan segala larangan.
Tidak ada yang susah jika ikut panduan,
Panduan yang ditinggalkan,al-Quran dan sunnah.
-InsyaAllah-

Assalamualaikum..

Sabtu, 3 Mac 2012

Lalai dan leka dengan dunia.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Aku sering lalai dan leka,
Sering terlupa dan alpa dengan hal dunia,
Kesibukan menjalani kehidupan sehingga aku terlupa akan dia,
Dia,kekasih Allah,Nabi Muhammad s.a.w..
Insan yang mulia,yang tinggi darjatnya,
Insan yang sentiasa menyayangi kita walaupun di saat kewafatannya...
Inginku katakan rindu padamu,cinta padamu,sanjungi dirimu,
Tapi diri berasa tidak layak untuk menyatakannya dengan hati yang ikhlas,
Aku masih jauh untuk itu kerana aku masih tidak mengamalkan sunnahmu,
Sehingga suatu masa nanti,aku berharap aku dapat menyatakannya dengan sebenar-benar perasaanku..
-InsyaAllah-
Assalamualaikum...


Jumaat, 2 Mac 2012

Mulakan langkah.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Diri yang selama ini terjatuh jurang tipu daya syaitan,
Ingin kembali kepada Dia yang selama ini memerhati,menyayangi diri ini,
Bagaimana???
Hati.
Bermula dari hati,hati yang ikhlas,
Sucikan hati,bersihkan hati,tetapkannya untuk mengecapi Ilahi,
Jangan sesekali menoleh kembali ke jalan yang telah ditinggalkan,
Mulakan langkah,
Langkah yang membawa diri ke arah yang benar,
Ke arah yang diredhai,diberkati dan diterima Syurga nanti.
-INSYAALLAH-

Assalamualaikum..