Jumaat, 30 Disember 2011

Hanya hamba..#1

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Alhamdulillah,masih diberi pinjam nikmat oleh-Nya.Bersyukurlah di atas segala nikmat yang telah diberikan.Guna sebaik mungkin untuk mendapat keberkatan dari-Nya.Semoga segala doa yang dipanjatkan akan dimakbulkan.Segala urusan di permudahkan.Segala yang kita lakukan mendapat keberkatan.Semoga dikurniakan hati yang suci,kesabaran yang tinggi,ketenangan abadi dan iman yang hakiki oleh Allah s.w.t..Amin.. ^___^
Assalamualaikum...

Alhamdulillah..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

(kini ku bahagia..siapa yang punya??biarlah rahsia..^_^)
Assalamualaikum...


Rabu, 28 Disember 2011

Cabaran hidup si nasi kepal.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Apa khabar blogger..Kalau sihat alhamdulillah...nikmat Allah tu..^___^..Kali ni cik bawang nak kongsi skit cerita kehidupan seseorang yang cik bawang kenal..Tapi cik bawang adaptasikan watak jd jartun k..watak sebenar adalah manusia dan dirahsiakan..Dan ia sememangnya terjadi..so,kalau tak best,maaf ye..just wanna share..^___^

Dia mempunyai kehidupan yang sederhana.Dia hidup macam org biasa.Tiada apa yang istimewa tentang diri dia.Kadang-kadang sibuk.Cik bawang hanya perhatikan dia.Ada ketika dia mengeluh sebab penat.Tapi dia gagahkan diri dia untuk laksanakan tanggungjawab yang dia galas.Dia seorang yang sentiasa tersenyum.Biarpun dia derita.

(tersenyum dikala duka..)
Ada peristiwa yang dia kongsi.Ada 1 malam tu,mak dia telefon.Masa tu,jam menunjukkan pukul 3.++ pagi.Kami masih tak tido lagi.Mak dia bagitau ayah semput.Sebelum ni pernah jadi camni.Dia risau memikirkan keadaan ayah dia.Mak dia kata,ayah dah lama tak kerja.Dia semakin risau.Apa yang keluarga dia makan?.Dia terasa sebak.Dia nak tolong pun tak mampu.Dia pun masih perlukan duit utk tampung pelajaran.Dia tak nak minta duit daripada keluarga.Dia cuba untuk berjimat dengan duit yang ada.

Malam tu,ada kawan dia telefon.Dia cerita kat kawan dia.Dia beritahu kawannya mahu membantu.Tetapi dia berasa amat malu.Dia tak nak.Kalau boleh dia tak nak susahkan sapa2.Dia hargai sangat niat baik kawan dia tu.

Mula daripada malam tu,dia asyik fikir tentang keluarga dia.Dia nak cari jalan tapi dia pun tak tau nak wat cmne.Time makan pun dia nangis.Kadang-kadang dia termenung.Berfikir,berfikir dan terus berfikir.Dia rusing,resah n mcm tertekan sgt.

Dia harap sangat-sangat keluarga dia dalam keadaan baik-baik.Dia dah la jauh.Apa yang dia mampu buat hanyalah berdoa kepada Allah supaya bantu dia dan keluarga dia.


-END-
Haa..sampai sini jela..sebenonye cik bawang tak reti sgt nak karang cerita tentang seseorang nih..Hehehe...So,tu jela sedikit sebyk y nk dikongsikan..Harap-harap la dia sentiasa kuat dan dipermudahkan urusan.

Walaupun kita rasa susah,ada lagi orang lain yang susah daripada kita.Allah uji mengikut kemampuan kita dan setiap kejadian ada hikmah disebaliknya..InsyaAllah kita mampu..^_^
#Pesanan kepada dia,cik bawang dan semua.

Sekian,assalamualaikum..

Ahad, 25 Disember 2011

Tutorial Untuk Cantikkan blog korang...

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Saya nak kongsi blog tutorial yang korang boleh tengok dan belajar...kat blog ni mcam2 tutorial ada...Saya dr petang sampai ke pagi xtido..Pening2...So,klo korg nak cantikkan blog korang tu,lawat la blog ni...


ok,selamat mencuba...semoga berjaya...assalamualaikum....

Sabtu, 24 Disember 2011

10 Blog best!(bg ciK baWang la)

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Rajin-rajin la baca blog ni...Best tau ^o^!

Haaa....jenguk2la blog diorg...klo best,follow,klo tak,baca entri pun ok....n klo nk follow cik bawang pun boleh,taknak pun tak pe...ehehehe...XP..ok..

Assalamualaikum...

Saje-saje...

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang....

Siapa kenal saya??
Ehe.....


(yang ni la anak sedara cik bawang,y sebelah tu owner blog ni..^_^ )


Assalamualaikum.....


Khamis, 22 Disember 2011

Just wanna share..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Saya banyak senyum hari ni...
^_^

Assalamualaikum...

Aku.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Aku mampu memberi nasihat,
Tatkala kawan,rakan,teman dan sahabat dilanda kesusahan,
Aku tidak mahu melihat kekusutan menghiasi wajah mereka,
Aku tidak mahu senyuman hambar diukir di wajah mereka,
Yang aku mahu,senyuman manis dan mesra,
Namun,
Adakah aku mampu menasihati diri aku sendiri??
Tatkala aku dilanda kesusahan,kesukaran,aku hanya menyendiri,
Aku berfikir,berfikir,berfikir..mengapa jadi begini??
Tekanan yang aku alami kadang-kadang menyebabkan aku berubah,
Menjadi si 'buta',si 'pekak' dan si 'bisu,
Aku seperti tidak mahu melihat,tidak mahu mendengar dan tidak mahu bercakap,
Diri aku seakan-akan kosong,
Tidak terisi dengan apa pun,
Dulu aku bukanlah jenis yang mudah untuk berkongsi masalah,
Aku tidak percaya kepada mereka yang berada disekeliling aku,
Seperti aku hanya 'bersahabat' dengan diri aku sahaja,
Melihat rakan-rakan lain bergurau senda dan berkongsi suka duka,
Aku melihat,
Aku tersenyum,
Aku memerhati dan aku berlalu pergi,
Hati sunyi biarpun ramai orang di sisi,
Aku pernah digelar perampas,
Perampas siapa??
Perampas seorang rakan,
Aku biarkan,
Aku tidak mahu ambil peduli apa orang kata,
Andai diberi teguran membina,aku terima,
Kini aku terasa sedikit perubahan,
Aku mula berkongsi masalah,
Aku mula mempercayai orang di sekeliling aku,
Terasa kekosongan itu terisi,
Biarpun sedikit,asalkan ada,
Aku ingin menjadi seorang yang kuat,
Seorang yang mampu membawa diri,
Yang mampu berdikari,
Yang mampu membuat semua orang tersenyum riang,
YANG MAMPU BANGUN WALAUPUN TERSUNGKUR BERKALI-KALI...

( terima kasih to Google :) )
Assalamualaikum....

Rabu, 21 Disember 2011

four :wordless wednesday.

Khamis, 15 Disember 2011

Hati menjejaki cinta Ilahi...

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang....

Meniti kehidupan yang penuh ranjau dan duri..
Pelbagai dugaan dan ujian yang Allah berikan..
Dia ingin menguji kita sekuat manakah iman kita kepada-Nya,setaat manakah kita kepada-Nya..
Kadang-kadang kaki yang melangkah tersasar daripada landasan yang benar..
Landasan yang boleh membawa kita ke Syurga-Nya kelak..
Doa sering kita titipkan kepada-Nya..namun tidak dimakbulkan serta merta..
Mengeluh kita dengan kehidupan yang kita jalani..namun tahukah kita bahawa Dia sedang menyediakan sesuatu nikmat,hikmah yang tak terfikir oleh kita..Dia sedang menguji kita....
Kita sering leka akan suruhan-Nya,meninggalkan Dia kerana urusan dunia sedangkan Dia tidak pernah meninggalkan kita walaupun sesaat...
Tidak sedar sama ada masih hidupkan hati kita,masih bersihkan hati kita....
Atau hati kita telah mati,telah diselubungi titik-titk hitam yang kelam??
Mulut sering menghafal lagu-lagu yang melalaikan...zikir yang mudah amat sukar utk diamalkan...
Pergaulan yang bebas...sentuh sana,sentuh sini..katanya berlapik tak mengapa...
Tapi,jika tidak sengaja,masih boleh diterima,jika disengajakan??
Dunia makin dekat ke penghujungnya...kita semakin lalai dengan urusan dunia...
Dia sedang perhatikan kita...
Teringatkan kita kepada insan yang amat menyayangi kita??
Siapa???
Nabi kita...Muhammad,Rasulullah s.a.w.,insan yang sangat mulia...
Disaat beliau ingin menghembuskan nafasnya yang terakhir,masih tidak lekang mulutnya menyebut,
umatku,umatku,umatku...
Kita???siapa yang kita lebih igt??
Beruntungnya mereka yang hidup di zaman Nabi...
Mari kita fikirkan dan renungkan apa yang kita lakukan selama ini menjadikan diri kita siapa...
Mulakan niat yang baru,hidup baru dan langkah yang baru meniti kehidupan yang membawa makna yang istimewa dalam hidup kita...
Jadilah diri kita,hindarkan kata-kata mereka yang melemahkan kita...
Cari,cari dan cari petunjuk Ilahi..
Kita meniti roda kehidupan yang sedang berputar...bermula dan berakhir di tempat yang sama...
Tambahkan pengetahuan,tingkatkan amalan,kuatkan Iman...^_^


Assalamualaikum....

Rabu, 14 Disember 2011

three : wordless wednesday

(meniti kehidupan yang tidak pasti penghujungnya)
lokasi : tepi jalan..
shoot by : isteri khalifah uthman

Selasa, 13 Disember 2011

Tanpa kata..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang,Maha Penyayang...

~keseorangan tanpa ditemani sesiapa~
DIMANA???



Sabtu, 10 Disember 2011

TSM Golf Challenge 2011..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Apa khabar semua!!(mcm la ade org =..=)..sihat x??moga2 sihat la ye..Haa...skrg blog ni dh berubah dh..background,header n something2 la dh change kan...saya bhsakan diri saya cik bawang boleh?hehehe...ok!Cik bawang saje nak cite skit pengalaman jd volunteer(volunteer je pon..) for TSM Golf Challenge 2011..TSM tu singkatan bg Tan Sri Muhyiddin..kenal kan?mesti...Game ni diorg buat kat Glenmarie,Shah Alam..mmg nice view la kt tempat golf..green n healthy..hehehe...Masa sampai tu mmg excited la jgk kan..almaklumla org dh lame xjumpa pdg golf..masing-masing penat..perjalanan dari UPSI ke Glenmarie tu agk jauh la jgk..xreti la nk story mcmne keadaan glenmarie tu..so,meh tgk pic ni..

(kami telah meninggalkan kesan tapak kaki kami sbg kenangan kami kt sini..)

(di mana hidupnya ikan beso2..)

(luasnye green..)

(terasa mcm nk mandi je kt sini..)

(tempt cenderahati,piala2 n else..)
Haa....tu je la sikit2 pic Glenmarie..Now nk cite pasal champion utk game ni la..ni la diorg..

(Kelly Tan and Low)
Hebat kan...klo tgk cara Kelly Tan main..pergh...memang pro habis..Lg satu,champion lelaki tu,Low (nama penuh xigt daa..)still young..rsenye 15 thn rsenye...win game utk 21 years punye...hebatkan..Kitorg dr UPSI sekadar membantu melancarkan game..Ape pn kitorg mmg enjoy wlaupun penat..











(y ni student sport from UITM shah alam)



Haa....enjoy kan kitorg...k la...td cik bawang kate nk cite sikit je kan..haa...so,tamat la sudah kita..ehe..sory,actually xde idea cmne nk cite...^_^

Assalamualaikum..







Rabu, 30 November 2011

two : wordless wednesday

Selasa, 29 November 2011

Solat Subuh..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Setiap pagi bagi umat Islam akan bangkit daripada tidur untuk menunaikan solat Subuh.Tidak semua yang mampu bangkit awal dan solat pada awal waktu.Kebanyakannya masih diulit mimpi tatkala azan berkumandang.Sememangnya bukan mudah untuk bangun daripada tidur,bersuci dan kemudian bergerak menuju ke masjid atau surau bagi melaksanakan solat Subuh berjemaah.Bayangkan,seseorang terpaksa berperang dengan hawa nafsu dan syaitan sejak awal-awal lagi bagi mematuhi perintah Allah.

Peperangan dalam diri itu diperjelaskan melalui hadis yang bermaksud :


"Syaitan melilit seorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika dia tidur.Dengan setiap lilitan,syaitan membisikkan : 'Nikmatilah malam yang panjang ini'.Apabila dia bangun lalu mengingati Allah,maka terlepaslah lilitan (pertama) itu.Apabila dia berwuduk,lepaslah lilitan yang kedua.Kemudin apabila ia solat,lepaslah lilitan yang ketiga,sehingga dia menjadi bersemangat.Tetapi kalau tidak,dia akan membawa lembap dan malas."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Rasulullah s.a.w. menjadikan solat Subuh berjemaah sebagai penanda aras bagi membezakan tahap keimanan seseorang.Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh.Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung dalamnya,nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekalipun dengan merangkak.Sungguh,aku ingin menyuruh melaksanakan solat,lalu solat itu ditegakkan,kemudian aku perintahkan seorang mengimami solat bersama orang lain.Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu terikat,mendatangi kaum yang tidak hadir solat berjemaah,sehingga aku bakar rumah mereka."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. sangat sayang akan umatnya.Hadis tersebut menjelaskan betapa tingginya keinginan Baginda agar umatnya selamat daripada seksaan api neraka.Sekiranya umat Islam dapatt melihat dengan mata hati mereka ganjaran bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh berjemaah,dan bencana yang bakal menimpa bagi sesiapa yang meninggalkannya,mereka akan bergerak ke masjid sekalipun terpaksa merangkak(tanpa meghiraukan keadaan mereka yang sakit,uzur atau sebagainya).

Sampai di sini saja perkongsian mengenai solat Subuh.Semoga ilmu yang dikongsikan dapat meningkatkan iman dan rasa cinta kita kepada Allah.

Assalamualaikum...
credit : SOLUSI
(solat itu tiang agama)


Rabu, 23 November 2011

One:Wordless Wednesday


Isnin, 14 November 2011

Pesanan buat kita...

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Wahai manusia,janganlah kau lupa...
Kita ini adalah hamba pada-Nya...
Kita dijadikan untuk membuat kebaikan...
Bukannya untuk membuat kemungkaran...
Wahai manusia,kitalah hamba-Nya...
Kita harus sabar mentaati-Nya...
Kita harus sabar meninggalkan larangan-Nya...
Dalam mengejar cita-citamu...
Janganlah kau cuba mengambil jalan yang mudah...
Janganlah berdusta mengambil hak orang lain...
Yang bukan dari milikmu...
Dalam persahabatanmu janganlah mengkhianati...
Sahabatmu yang sejati...
Dalam perjanjianmu janganlah berjanji...
Jika tidak menepatinya...
Hitam putih susah senang  kehidupan...
Perlu ditempuhi dengan tenang...
Semuanya penuh dengan hikmah yang tersirat...
Tuhan jadikan untuk mendidik kita...
Carilah keredhaan-Nya...
Assalamualaikum...

Wanita angin...

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Entri ini sekadar berkongsi mengenai Rahsia Wanita..Selepas menjenguk blog sahabat isteri Khalifah Uthman,terbaca mengenai entri dia 'wanita tanah'..aku???WANITA ANGIN..tergolong dalam 24 sept-23okt..sekadar kajian..

  1. Berterus terang.(erm,mungkin..)
  2. Berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.(^_^)
  3. Berfikiran terbuka.
  4. Mempunyai daya imaginasi dan inovatif.(yep,suka berangan..hehehe)
  5. Bagi mereka segalanya boleh dicapai.(ada la jgk..)
  6. Bergaya.(apakah?)
  7. Tenang dan tidak cerewet.(kadang-kadng sebaliknya)
  8. Mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi.(xsedo plak)
  9. Saling bekerjasama bersungguh-sungguh.(ringankan beban..^_^)
  10. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan dan konflik.(kadang-kadang mengikut keadaan)
  11. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul.untuk berkonfrantasi.(konfrantasi??)
  12. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.(hehehe..)
  13. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.(eh,=..=")
Assalamualaikum...

Ahad, 13 November 2011

Ikhlas dariku..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Aku bukan seperti engkau sangkakan...
Pura-pura di dalam berjuang...
Aku tidak pandai menyulam rahsia...
Juga tak pandai ku bermadah pujangga...
Jika ada benci di hati...
Oh katakanlah padaku...
Relaku terima walau kutukan...
Asalkan akidah terjaga...
Kerana tidak sanggup lagi...
Mempermainkan dustur Illahi...
Hakikat hati tak terluka...
Walau zahirnya ada yang ketawa...
Tuhan...Ku mohonkan ampunan...
Ketelanjuran yang berulang kali...
Teman...Kita patrikan di sini...
Berakhir sebuah lamunan duniawi...
Terima syukur taufik Illahi...

Assalamualaikum...

Sabtu, 12 November 2011

Demi masa...

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian...
Melainkan...
Yang beriman dan yang beramal soleh...
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian...
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran...
Gunakan kesempatan...
Yang masih diberi moga kita takkan menyesal...
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali...
Ingat lima perkara..sebelum lima perkara..
Sihat sebelum sakit...
Muda sebelum tua...
Kaya sebelum miskin...
Lapang sebelum sempit...
Hidup...sebelum mati~~~
Assalamualaikum...

Isnin, 31 Oktober 2011

Time lapang.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang..

Time2 bosan,lepas penat jaga anak sedara..Men photoshop n photoscape jele..

(someone)
(motivation)
(motivation)
(try,try..hehehe..)
Assalamualaikum...

Isnin, 17 Oktober 2011

Mengapa begitu..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.

Hanya sedikit coretan kata..


Sekian..Assalamualaikum..