Hah!Sape yang selalu rajin bangun waktu Subuh,angkat gigi!!!Haaa....Kebanyakan orang zaman sekarang
Waktu yang diagungkan Allah.
Allah sangat mengagungkan waktu Subuh dan tidak pernah bersumpah dalam al-Quran dengan waktu solat kecuali solat Subuh dan Asar.Allah berfirman yang bermaksud:
Allah juga berfirman yang bermaksud :"Demi fajar,dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)."(Surah al-Fajr 89 :1-2).
Kita juga harus mengagungkan waktu Subuh.Caranya?Dengan melaksanakan solat Subuh berjemaah,berzikir & memohon ampun kepada Allah.Percayalah,orang yang memuliakan apa yang dimuliakan Allah akan dimuliakan (dikurniakan syurga),manakala orang yang mengabaikan apa yang dimuliakan Allah akan terhina (terjun ke neraka).Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Ash'ari,dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Dan dirikanlah pula solat Subuh.Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat."(Surah al-Isra'17:78)
"Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin,maka dia akan masuk syurga ."(Riwayat al-Bukhari,Muslim dan Ibn Hibban).Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar
pembuka rezeki..
BalasPadam