Rabu, 11 Januari 2012

Hadiah bagi mereka yang bangun pada waktu Subuh ^_^ #1

Assalamualaikum....Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Hah!Sape yang selalu rajin bangun waktu Subuh,angkat gigi!!!Haaa....Kebanyakan orang zaman sekarang zaman memajukan ekonomi bangun bila jam loceng berbunyi.Bunyi pun dah lepas Subuh.Dah jadi Subuh gajah bak kata orang la kan..Pastu kelam kabut nak bangun,nak mandi,nak kejar sana,kejar sini.Dalam kepala dah lupa dah Subuh yang tertinggal.Cuma yang diingat,nak cepat pergi kerja and nak cepat pergi kuliah tak terkecuali juga buat tuan empunya blog ni.Kali ni Cik Bawang nak kongsi serba sedikit mengenai kelebihan bangun pada waktu Subuh.

Waktu yang diagungkan Allah.

Allah sangat mengagungkan waktu Subuh dan tidak pernah bersumpah dalam al-Quran dengan waktu solat kecuali solat Subuh dan Asar.Allah berfirman yang bermaksud:
"Demi fajar,dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)."(Surah al-Fajr 89 :1-2).
Allah juga berfirman yang bermaksud :
"Dan dirikanlah pula solat Subuh.Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat."(Surah al-Isra'17:78)
Kita juga harus mengagungkan waktu Subuh.Caranya?Dengan melaksanakan solat Subuh berjemaah,berzikir & memohon ampun kepada Allah.Percayalah,orang yang memuliakan apa yang dimuliakan Allah akan dimuliakan (dikurniakan syurga),manakala orang yang mengabaikan apa yang dimuliakan Allah akan terhina (terjun ke neraka).Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Ash'ari,dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin,maka dia akan masuk syurga ."(Riwayat al-Bukhari,Muslim dan Ibn Hibban).Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar

1 ulasan: