Rabu, 28 Disember 2011

Cabaran hidup si nasi kepal.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Apa khabar blogger..Kalau sihat alhamdulillah...nikmat Allah tu..^___^..Kali ni cik bawang nak kongsi skit cerita kehidupan seseorang yang cik bawang kenal..Tapi cik bawang adaptasikan watak jd jartun k..watak sebenar adalah manusia dan dirahsiakan..Dan ia sememangnya terjadi..so,kalau tak best,maaf ye..just wanna share..^___^

Dia mempunyai kehidupan yang sederhana.Dia hidup macam org biasa.Tiada apa yang istimewa tentang diri dia.Kadang-kadang sibuk.Cik bawang hanya perhatikan dia.Ada ketika dia mengeluh sebab penat.Tapi dia gagahkan diri dia untuk laksanakan tanggungjawab yang dia galas.Dia seorang yang sentiasa tersenyum.Biarpun dia derita.

(tersenyum dikala duka..)
Ada peristiwa yang dia kongsi.Ada 1 malam tu,mak dia telefon.Masa tu,jam menunjukkan pukul 3.++ pagi.Kami masih tak tido lagi.Mak dia bagitau ayah semput.Sebelum ni pernah jadi camni.Dia risau memikirkan keadaan ayah dia.Mak dia kata,ayah dah lama tak kerja.Dia semakin risau.Apa yang keluarga dia makan?.Dia terasa sebak.Dia nak tolong pun tak mampu.Dia pun masih perlukan duit utk tampung pelajaran.Dia tak nak minta duit daripada keluarga.Dia cuba untuk berjimat dengan duit yang ada.

Malam tu,ada kawan dia telefon.Dia cerita kat kawan dia.Dia beritahu kawannya mahu membantu.Tetapi dia berasa amat malu.Dia tak nak.Kalau boleh dia tak nak susahkan sapa2.Dia hargai sangat niat baik kawan dia tu.

Mula daripada malam tu,dia asyik fikir tentang keluarga dia.Dia nak cari jalan tapi dia pun tak tau nak wat cmne.Time makan pun dia nangis.Kadang-kadang dia termenung.Berfikir,berfikir dan terus berfikir.Dia rusing,resah n mcm tertekan sgt.

Dia harap sangat-sangat keluarga dia dalam keadaan baik-baik.Dia dah la jauh.Apa yang dia mampu buat hanyalah berdoa kepada Allah supaya bantu dia dan keluarga dia.


-END-
Haa..sampai sini jela..sebenonye cik bawang tak reti sgt nak karang cerita tentang seseorang nih..Hehehe...So,tu jela sedikit sebyk y nk dikongsikan..Harap-harap la dia sentiasa kuat dan dipermudahkan urusan.

Walaupun kita rasa susah,ada lagi orang lain yang susah daripada kita.Allah uji mengikut kemampuan kita dan setiap kejadian ada hikmah disebaliknya..InsyaAllah kita mampu..^_^
#Pesanan kepada dia,cik bawang dan semua.

Sekian,assalamualaikum..

2 ulasan: