Selasa, 29 November 2011

Solat Subuh..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Setiap pagi bagi umat Islam akan bangkit daripada tidur untuk menunaikan solat Subuh.Tidak semua yang mampu bangkit awal dan solat pada awal waktu.Kebanyakannya masih diulit mimpi tatkala azan berkumandang.Sememangnya bukan mudah untuk bangun daripada tidur,bersuci dan kemudian bergerak menuju ke masjid atau surau bagi melaksanakan solat Subuh berjemaah.Bayangkan,seseorang terpaksa berperang dengan hawa nafsu dan syaitan sejak awal-awal lagi bagi mematuhi perintah Allah.

Peperangan dalam diri itu diperjelaskan melalui hadis yang bermaksud :


"Syaitan melilit seorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika dia tidur.Dengan setiap lilitan,syaitan membisikkan : 'Nikmatilah malam yang panjang ini'.Apabila dia bangun lalu mengingati Allah,maka terlepaslah lilitan (pertama) itu.Apabila dia berwuduk,lepaslah lilitan yang kedua.Kemudin apabila ia solat,lepaslah lilitan yang ketiga,sehingga dia menjadi bersemangat.Tetapi kalau tidak,dia akan membawa lembap dan malas."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Rasulullah s.a.w. menjadikan solat Subuh berjemaah sebagai penanda aras bagi membezakan tahap keimanan seseorang.Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh.Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung dalamnya,nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekalipun dengan merangkak.Sungguh,aku ingin menyuruh melaksanakan solat,lalu solat itu ditegakkan,kemudian aku perintahkan seorang mengimami solat bersama orang lain.Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu terikat,mendatangi kaum yang tidak hadir solat berjemaah,sehingga aku bakar rumah mereka."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. sangat sayang akan umatnya.Hadis tersebut menjelaskan betapa tingginya keinginan Baginda agar umatnya selamat daripada seksaan api neraka.Sekiranya umat Islam dapatt melihat dengan mata hati mereka ganjaran bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh berjemaah,dan bencana yang bakal menimpa bagi sesiapa yang meninggalkannya,mereka akan bergerak ke masjid sekalipun terpaksa merangkak(tanpa meghiraukan keadaan mereka yang sakit,uzur atau sebagainya).

Sampai di sini saja perkongsian mengenai solat Subuh.Semoga ilmu yang dikongsikan dapat meningkatkan iman dan rasa cinta kita kepada Allah.

Assalamualaikum...
credit : SOLUSI
(solat itu tiang agama)


1 ulasan: