Khamis, 22 Disember 2011

Aku.

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Aku mampu memberi nasihat,
Tatkala kawan,rakan,teman dan sahabat dilanda kesusahan,
Aku tidak mahu melihat kekusutan menghiasi wajah mereka,
Aku tidak mahu senyuman hambar diukir di wajah mereka,
Yang aku mahu,senyuman manis dan mesra,
Namun,
Adakah aku mampu menasihati diri aku sendiri??
Tatkala aku dilanda kesusahan,kesukaran,aku hanya menyendiri,
Aku berfikir,berfikir,berfikir..mengapa jadi begini??
Tekanan yang aku alami kadang-kadang menyebabkan aku berubah,
Menjadi si 'buta',si 'pekak' dan si 'bisu,
Aku seperti tidak mahu melihat,tidak mahu mendengar dan tidak mahu bercakap,
Diri aku seakan-akan kosong,
Tidak terisi dengan apa pun,
Dulu aku bukanlah jenis yang mudah untuk berkongsi masalah,
Aku tidak percaya kepada mereka yang berada disekeliling aku,
Seperti aku hanya 'bersahabat' dengan diri aku sahaja,
Melihat rakan-rakan lain bergurau senda dan berkongsi suka duka,
Aku melihat,
Aku tersenyum,
Aku memerhati dan aku berlalu pergi,
Hati sunyi biarpun ramai orang di sisi,
Aku pernah digelar perampas,
Perampas siapa??
Perampas seorang rakan,
Aku biarkan,
Aku tidak mahu ambil peduli apa orang kata,
Andai diberi teguran membina,aku terima,
Kini aku terasa sedikit perubahan,
Aku mula berkongsi masalah,
Aku mula mempercayai orang di sekeliling aku,
Terasa kekosongan itu terisi,
Biarpun sedikit,asalkan ada,
Aku ingin menjadi seorang yang kuat,
Seorang yang mampu membawa diri,
Yang mampu berdikari,
Yang mampu membuat semua orang tersenyum riang,
YANG MAMPU BANGUN WALAUPUN TERSUNGKUR BERKALI-KALI...

( terima kasih to Google :) )
Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan