Selasa, 4 Oktober 2011

Sebelum tido...

Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang...

BERSUGI..
Selalunya dalam jam 8 hingga 9 malam,ada yang keluar makan,makan kat rumah dan makan segala-galanya..Haa...Dah makan tu,kalau tau dah nak masuk tidur,bawaklah diri anda ke bilik air..Untuk apa?Bersihkan gigi...Paling elok,pakailah kayu sugi...Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang tercinta..^_^..Kalau tak ada,pakai lah berus gigi...Ubat gigi pun jangan lupa..Carilah yang halal...Gosok3,kumur3...Tengok gigi jap kat cermin-----Comel!hahahaha...


WUDHUK..
Dah gosok gigi,kita ambil wudhuk..Ambil wudhuk tu kena fokus..Niat kena betul..Jangan baca niat lain plak...Hehehe..Langkah-langkah nak ambil wudhuk pun kena ingat betul-betul..Ada jugak sesetengah orang yang lupa..Almaklumlah,manusia ni mudah alpa..Selesai wudhuk,bacalah doa selepas berwudhuk..Jangan lupa tu..Jangan pandang remeh.



SOLAT SUNAT.
Selepas kita berwudhuk,kita digalakkan untuk menunaikan solat sunat.Boleh tambah pahala kan.Antara solat sunat yang boleh dilakukan :
1. Solat sunat tahajud.
2. Solat sunat taubat.
3.Solat sunat hajat.
Doalah meminta keampunan,dikuatkan Iman dan sebagainya daripada Allah.Lakukan dengan ikhlas dan khusyuk.

MEMBACA AL-QURAN.
Selesai menunaikan solat sunat,bukalah kitab yang telah ditinggalkan oleh Nabi kita,Rasulullah s.a.w..Sedikit peringatan..Jika kita tidak membaca al-Quran satu hari,al-Quran akan meninggalkan kita satu minggu,jika kita tidak membaca al-Quran satu minggu,al-Quran akan meninggalkan kita satu bulan,jika kita tidak membaca al-Quran satu bulan,al-Quran akan meninggalkan kita satu tahun dan berikutnya.Rajin-rajinlah membaca,memahami dan mendalami al-Quran.Tetapi mestilah ada guru yang mengajar,dikhuatiri tersilap pemahaman.Amalkan surah Al Mulk,surah Yassin,Ar Rahman,Al Khafi,Al Insan,Al Waqiah,antara yang disarankan.Tetapi tak bermakna surah lain tak perlu di amalkan.


MEMBACA DOA TIDUR.
Selepas membaca al-Quran,boleh la kita tidur.Tapi sebelum tu,baca doa dulu.Amalkan 3 kul,ayat Kursi dan doa tidur.Tidur pun jangan ikut suka hati je.Seeloknya tidur dalam posisi mengiring sebelah kanan.


Ok..Selamat beramal...Assalamualaikum...











Tiada ulasan:

Catat Ulasan