Jumaat, 30 September 2011

Malu..

Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang....

Malu...manusia dianugerahkan sifat malu oleh Dia.Malu sering menemani kita.Namun kini malu ntah hilang ke mana.Dicari sebalik timbunan batu,tiada,dicari dicelahan kayu juga tiada.Terasa selamat apabila malu sentiasa bersama.Tapi bila malu tiada?Habis terdedah semuanya.Halal,haram dah jadi belakang cerita,yang penting hanya  kebahagiaan di dunia yang sementara.Terhasilnya benih sebuah cinta yang disulam oleh dua insan yang belum halal.Ketika itu,malu datang menjenguk setelah sekian lama menghilangkan diri.Tapi malu terlambat namun kekal menemani diri.Benih?Ada yang dijaga,ada yang dibiar merata-rata tanpa menghiraukan dosa.Terasa seksanya.Dosa yang dilakukan sentiasa menghantui diri sehinggalah tiba waktu untuk hanya mencintai Dia.Terasa bahagia hanya bersama Dia.

-Kepada kaum Hawa,peliharalah pandanganmu daripada melihat apa yang haram bagimu supaya dirimu terjaga untuk si dia yang akan membimbing dirimu,anugerah dari Allah yang Maha Esa-

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya .
(surah An Nisa:Ayat 31)


Assalamualaikum...

Kemudian ayat 31 , ALLAH memerintahkan kepada kaum wanita 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan